Showing posts with label Tips rumahtangga bahagia. Show all posts
Showing posts with label Tips rumahtangga bahagia. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI ISTERI

Tanggungjawab bersama bermaksud kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh kedua belah pihak secara bersama dalam usaha mewujudkan sebuah ikatan suami isteri yang kukuh dan padu. Tanggungjawab tersebut adalah sebagaimana berikut:


Pergaulan yang baik
Suami isteri mestilah mempunyai hubungan dan pergaulan yang baik dan harmonis mengikut landasan yang diredhai Allah. Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan yang kesat serta perkataan yang boleh menyakiti hati pasangan sama ada dengan tujuan marau atau bergurau.


Amanah
Amanah memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam perhubungan suami isteri. Sifat amanah ditanamkan di dalam diri masing-masing dan jangan sesekali melakukan sebarang pengkhianatan dan ada niat jahat di dalam pergaulan harian suami isteri dari sekecil-kecil perkara sehingga kepada sebesar-besar perkara.


Saling kasih mengasihi
Perasaan kasih sayang yang suci dan ikhlas perlu ada di dalam perhubungan di antara suami isteri. Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan perasaan ini ditambah lagi dengan sikap timbangrasa, dan perkara ini juga jika diamalkan sudah pastinya keharmonian dalam rumahtangga akan terpancar.


Saling percaya mempercayai
Sikap saling percaya mempercayai di antara suami isteri adalah perlu bagi mengekalkan keharmonian di dalam hidup berumahtangga. Tanpa sikap ini pasangan akan terdedah kepada prasangka buruk yang boleh menjejaskan keharmonian di dalam berumahtangga dan boleh meretakkan hubungan suami isteri. Suami isteri juga tidak perlu meragui keikhlasan dan kebenaran pasangan masing-masing sekiranya tidak ada tanda-tanda penyelewengan dilakukan oleh mana-mana pihak.


Faham memahami
Sikap saling faham memahami di antara satu sama lain adalah sikap yang perlu ada pada diri setiap pasangan suami isteri. Dengan adanya sikap ini secara tidak langsung akan menambah dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri. Segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna sekiranya sikap ini diamalkan dengan ikhlas.


Saling tolong menolong
Islam tidak memberatkan kerja-kerja harian rumahtangga seperti memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah, menjaga anak dan sebagainya untuk dipikul oleh isteri semata-mata. Sebaliknya kerja-kerja tersebut sebenarnya adalah tanggungjawab bersama di antara suami isteri. Sekiranya sikap tolong menolong ini diamalkan oleh suami isteri diyakini akan terlahirlah sebuah keluarga yang harmoni dan tenteram.


Memenuhi keperluan seksual
Di antara tanggungjawab bersama yang perlu disempurnakan oleh pasangan suami isteri adalah menyempurnakan keperluan seksual masing-masing. Ramai pasangan suami isteri yang enggan berbincang mengenai hubungan seks mereka dengan pasangan. Mereka beranggapan bahawa perkara tersebut adalah terlalu rahsia dan sulit untuk dibincangkan. Pendapat serta pandangan ini ternyata salah dan ianya lari dari matlamat sebenar perkahwinan sebagaimana yang dianjurkan syarak.

Islam amat memandang serius perkara ini serta beranggapan bahawa perhubungan seksual ini adalah merupakan sebahagian kehidupan perkahwinan yang harus dibina bersama oleh suami dan isteri demi keharmonian rumahtangga. Manakala untuk membinanya suami isteri harus menyedari bahawa hubungan seksual harmoni memerlukan kepada proses pembelajaran. Tanggungjawab untuk belajar ini bukan terletak sahaja kepada suami malah suami isteri kedua-dua harus mengambil inisiatif untuk mempelajarinya.

Kejahilan terhadap hubungan suami isteri secara khususnya dan boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga secara amnya. Justeru itu setiap pasangan suami isteri hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjadikan hubungan seksual mereka lebih seronok dinikmati di samping mencapai keredhaan Allah.

Wednesday, July 20, 2011

8P SUAMI ISTERI

8P Tip kebahagian rumahtangga


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.


6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.


8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

panduan alam rumahtangga

 
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.   Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.   Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.   Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."   Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.   Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."